Friday, March 05, 2010

TAKZIAH UNTUK WARGA SKPMI


Nukilan rakan seperjuangan Pn. Jalita GB SKHW, atas izinnya  saya paparkan untuk kita kongsi bersama kerana Allahyarham juga adalah bekas PK SKHHI

Takziah untuk keluarga Cg Yusuf. Al Fatihah

Thursday, March 4, 2010

belasungkawa

menatap wajahmu tadi
bagai tidur yang panjang
tenang dalam pengabadian
damailah dikau wahai saudaraku
hilang sudah segala peritmu
pergimu membawa semua derita
terkubur kini segala cerita
hambatan tugas yang tiada usainya
menatap wajahmu tadi
terkesima aku,terharu
luluh merenung sekujur tubuh
hanya sepi menyapa diri
dalam airmata kupanjatkan doa
menemani dirimu di alam sana

Cikgu Mohd Yusof Man
(25 November 1954-04 Mac 2010)

No comments: