Tuesday, April 27, 2010

PERSARAAN

Selesai sahaja 3 kali perjumpaan (kupon, jualan dan pameran) dengan beberapa guru untuk membincangkan persiapan esok. 
Sempat merakam hasil kreativiti murid dan guru sepanjang aktiviti kokurikulum untuk pameran esok
Tergesa-gesa menghubungi Cg. Raihan (GB SKTiti Gajah) untuk melawat Pn. Khairun yang akan bersara esok. Member yang lain dah bertolak, teringat hadiah belum sedia, kami singgah di Giant dan buat pilihan bersama.
  Kami dirai oleh tuan rumah dengan jamuan yang disediakan oleh pengusaha kantin dan PK

PROJEK MEGA vs HARI USAHAWAN MUDA

Tahun ini panitia seni visual mengadakan pameran hasil kerja murid sepanjang aktiviti kokurikulum.
Koleksi hasil kerjatangan murid dengan bimbingan guru 
Koleksi yang kreatif ini adalah sebahagian dari pameran untuk pertandingan "Our planet we decide" di bawah Program Pintar BIMB
Salah satu cabutan bertuah ditaja oleh PK Pentadbiran
Bendahari sedang mengurus kupon untuk jualan esok
Saringan Bintang Kecil dah bermula

Friday, April 23, 2010

BAYU SENJA

Pagi ini aku tekadkan hati untuk bermain bowling kerana berat badanku  kian bertambah. Sebenarnya nak menghilang kerisauan kerana janji untuk bermalam di Bayu Senja Batu Feringgi tak jadi kenyataan. Semuanya kerana aku lupa Sabtu ni hari kerja, abah dan Ija pun tak boleh ikut sama.
Selesai bowling kami menuju ke Tol Sungai Dua untuk mendapatkan tempahan makanan dari Linda Kaori Cake.
Timbul cadangan dari kakak dan anak buah. "Awal lagi ni, jom kita piiii.."  Apalagi akhirnya kami berjaya juga beramai di Bayu Senja dengan keluarga Kak Maizon (kawan lama semasa kat Penang dulu).
Dinner di CRS Village Mall

Thursday, April 22, 2010

KELUHAN NKRA

Sedih bila mendengar keluhan rakan-rakan dalam proses mengemaskini NKRA. Syukur Alhamdulillah bila anak buah dapat membantu mengemaskini dengan mudah. 
Bila sokongan padu dari bawah mantap insya Allah segala rintangan, ranjau di hadapan akan kita lalui dengan mudah. Percayalah bahawa setiap masalah, tetap akan ada penyelesaian jika niat kita untuk membantu dan sharing....


SUATU KETIKA DULU..

Masa remaja dulu, ayah suka bawa kami sekeluarga melancung ke luar negeri
Bersiar Di Las Vegas, bandar casino
Di San Francisco, tempat artis terkenal mengabadikan tapak tangan
Bali yang terkenal dengan gunung berapi yang masih hidup. Baju kurung ni aku pakai semasa bersiar di tepi pantai sehingga  menarik perhatian mat saleh (pelancung).

Tuesday, April 20, 2010

Monday, April 19, 2010

ANAI-ANAI DAN RESDUNG

Awal pagi aku pasti  makanan tengahari disiapkan secepat mungkin.
Temujanji telah dibuat dengan Rentonkil kerana risau terdapat anai-anai di kawasan rumah. Rupanya anai-anai ni jenis di luar.  Aku buat keputusan untuk pencegahan serangga dll, sebelah petang En. Saifuddin phone nak pasti  kerja yang telah dilaksanakan. Seronok bila servis mengutamakan kepuasan pelanggan.
Selesai makan, Ija cadangkan kami ke salun untuk rawatan resdung, terus buat temujanji. Terlena kami dua beranak bila Jehan (bekas murid SMK Convent) membuat facial.

KITA JUARA!

Sokongan dari anak-anak dan keluarga yang menemani kami membuahkan kejayaan
Berjumpa kawan semasa mula bertugas di SMK Pokok Sena Pn. Jariah (penyokong KMY)
Blogger Che yang aktif menulis turut bertanding

JOHAN BOWLING JEMPUTAN MGB KM2 2010

Tak sangka team KS (Perempuan) menang, Semua terima hadiah walaupun mengeluh letih sebelum pertandingan.
 Tak sangka menang dan ada hadiah
Johan Bowling
Kawan lama Pn. Fuziah Morni dari KMY
 Aksi juara yang x diduga
Semua tayang hadiah, team lelaki x mau kalah (tayang botol minuman)

Saturday, April 17, 2010

ESOK

Malam esok pertandingan bowling antara MGB KS dan KMY. Walaupun keletihan, atas semangat kawan kami akan turun esok malam dengan sokongan keluarga. 







Friday, April 16, 2010

PENGHUNI LAMAN

Sengaja aku biarlah air melimpah ketika menyiram pokok kerana ada tetamu yang  akan singgah bercanda di kawasan laman rumahku.
Tetamu yang sempat menjadi sasaran lensaku
 Buah rasberi yang menjadi makanan burung, semut dan kerengga
Kerengga  bersarang di pokok bunga pisang
Anai-anai bersarang di perdu belimbing buluh
Mempelam yang lebat daun di dalam kawasan rumah tetapi lebat buah di luar pagar jadi rezeki orang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...