Wednesday, May 05, 2010

BANJIR VS KUPON

Pembantu prasekolah Suzana tersenyum dari jauh bila melihat aku lalu di hadapan kelasnya. Banjir lagi...hujan lebat malam Jumaat menyebabkan banjir besar.
Terharu bila ada waris Tahun 1W (suami isteri) yang datang awal membersihkan kelas anaknya setiap pagi. Mereka minta ditambahkan penyapu dan penyodok sampah. 
PK Kokurikulum dan guru-guru sedang menyiapkan penyata jualan kupon. Berbaloi..... Untuk  meraikan kejayaan bersama, satu majlis ringkas  penyampaian insentif diadakan untuk memeriahkan dan menghargai usaha guru/murid kerana esoknya GB akan bercuti dan berkursus di IAB(U).
Gerai yang terlaris : Kelas Pendidikan Khas
Gerai yang terbersih : Persatuan Sains

No comments: