Wednesday, May 26, 2010

SELAMAT BERSARA

Terdetik hendak menumpang kereta Saerah untuk menghadiri Majlis Persaraan Pn. Latipah (GB SK Kubang Rotan). Kami dah sepakat untuk berkumpul di SK Mergong.
Tak sangka berjumpa dengan Norizan, kawan lama semasa bertugas di KSAH. Riuh kami berkongsi cerita sebab lama dah tak jumpa.
Gambar kenangan bersama Pn. Latifah
 Hidangan tengahari dengan menu nasi ulam
 
Kami singgah di SK Permatang Gunung bersama rakan PKG S4 yang baru bertugas di sekolah baru.

No comments: