Thursday, March 31, 2011

KENDURI BUAT ARWAH EMAK

 Teman setia, Saerah hadir melawat aku yang
tidak sihat memeriahkan lagi jamuan keluarga kami
 Anak-anak buah masing-masing layan diri,
Ayah perhati kerenah anak cucunya
 Ija dan abah baru sampai .
Jamuan untuk keluarga kerana hari ini genaplah 8 tahun 4 hari 
emak pergi meninggalkan kami.....
 
 Wani dan Ida
 
 Atan dan abahnya
“The heart of a mother is a deep abyss 
at the bottom of which you will always 
 find forgiveness.”

Wednesday, March 30, 2011

CUTI SAKIT

 Cg. Asni, GB SK Kuala Kedah dan Cg. Fauziah, GB SK Mergong
hadir memberi sokongan
 PKG Langgar menewaskan PKG Telok Kechai
 PKG Pokok Sena menewaskan PKG Simpang Empat.
Sokongan waris dan semua guru menyebabkan SKHHI berjaya mendapat
tempat ketiga peringkat daerah Kota Setar.
Memang terasa sakit yang amat sangat sejak semalam lagi, tapi aku gagah
juga bersama guru-guru kerana kadang-kadang ia hilang bagaikan penawar.
 Atas nasihat kawan, aku terpaksa mendapatkan rawatan. BP meningkat
180/90, doktor nasihatkan bercuti 2 hari untuk pulih kesihatan dengan bekalan
ubat-ubat , kecewa juga kerana gagal melihat permainan bola tampar
di stadium.

Monday, March 28, 2011

RIBUT PETANG

 Bumbung rumah jiran jadi mangsa ribut
 Bimbang tengok pokok bunga kerak nasi  yang hampir tumbang 
di tiup angin kencang.
Gelap gelita seolah-olah ada petanda buruk bakal melanda. 
Ya ALLAH lindungi lah kami insan yang lemah ini.
SKHHI juga dilanda cuaca buruk ini, sedih bila tengok
pokok bunga tumbang

PERMAINAN

 Sarapan pagi menu ubi kayu + nyior + gula 
 Sedap, masing-masing teringat kat arwah mak. 
Genap 8 tahun pemergiannya.
 Tahniah Siti, bakal PK HEM SK Bukit Choras
Latihan bola sepak
 Jurulatih Cg. Abu dan Cg. Lim bersama dgn penjaga gol yang tidak sihat.
 Latihan bola tampar
 Cg. Fazlan, Suriawati, Raudzoh dan Nurlaila
 Sambil memantau keceriaan
 Latihan sukaneka : Cerdas Minda
 Buah tangan dari Hamidah Shaari yang telah menunaikan umrah
Makanan ringan dari tanah suci untuk staf pejabat

ZIARAH@HAMPER

Sebaik saja selesai sarapan pagi, aku dapat panggilan telefon dari 
Pn. Norimi (isteri Cg. Razak) memaklumkan bahawa bapa waris 6D 
yang kebetulan saudara suaminya meninggal dunia. Kemudian terima lagi 
panggilan iaitu bapa Badruddin ( bos pekerja swasta) meninggal dunia. 
Cepat-cepat aku arahkan Pn. Rozita (guru kelas) dan Pn. Manisah menziarah 
bapa murid mewakili GB dan kami bergegas bersama pekerja menziarah 
arwah bapa Badruddin di Kuala Kedah.  
Sempat bersama AJK PIBG yang membawa hamper untuk cabutan 
bertuah dan penulis buku yang mempromosikan buku beliau sendiri kepada PSS.

Friday, March 25, 2011

Perginya Legenda Hollywood, Elizabeth Taylor

Berihat petang minggu sambil membaca berita hiburan, rupanya artis
jelita yang hebat zaman aku kanak-kanak dulu  Liz Taylor (Klik Sini) 
telah meninggal dunia. Kalau di Malaysia beliau terkenal setanding seperti
biduanita Saloma tetapi lebih anggun dan jelita walau pun sudah berusia.
Banyak lagi berita tentang Elizabeth Taylor
Elizabeth Taylor and Michael Jackson at the 1993 American Music Awards.

Thursday, March 24, 2011

HARI INI DALAM SEJARAH

Bersama Zuhdi (murid 6D 2003) yang menjalankan praktikum
 Penyampaian hadiah pertandingan bola jaring PKG S4
 Lokasi : SK Kg. Jawa
 Pengerusi : SK Kangkung
Jamuan VIP
 Terkejut dengan kehadiran Tn. Hj. Azmi Mat
 Acara spontan : motivasi T6
 Jamuan tengahari di PSS untuk kawan lama SM Teknik Alor Star (1975) 
 Bersama En. Ishak, staf SKHHI
Tandatangan buku pelawat setelah 36 tahun berpisah.

Wednesday, March 23, 2011

BERSAMA GB SK Taman Aman

 Menandatangan buku pelawat SK Taman Aman
 Kenangan untuk Wan Munirah GB SKTA
Tahniah kerana berjaya menamatkan tugas bulan hadapan.
 
Kenangan bersama di bilik GB yang indah dan ceria
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...