Wednesday, March 30, 2011

CUTI SAKIT

 Cg. Asni, GB SK Kuala Kedah dan Cg. Fauziah, GB SK Mergong
hadir memberi sokongan
 PKG Langgar menewaskan PKG Telok Kechai
 PKG Pokok Sena menewaskan PKG Simpang Empat.
Sokongan waris dan semua guru menyebabkan SKHHI berjaya mendapat
tempat ketiga peringkat daerah Kota Setar.
Memang terasa sakit yang amat sangat sejak semalam lagi, tapi aku gagah
juga bersama guru-guru kerana kadang-kadang ia hilang bagaikan penawar.
 Atas nasihat kawan, aku terpaksa mendapatkan rawatan. BP meningkat
180/90, doktor nasihatkan bercuti 2 hari untuk pulih kesihatan dengan bekalan
ubat-ubat , kecewa juga kerana gagal melihat permainan bola tampar
di stadium.

No comments: