Sunday, July 20, 2014

10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN, MALAM JUMAAT

Menerima rawatan gigi percuma bagi pesara di Klinik 1M, UTC.
Syukur Alhamdulillah jadi rakyat Malaysia.
Terkejut dapat panggilan dari puteriku Eja bahawa Syikin nazak. 
Malangnya alarm keretaku tiba-tiba tidak berfungsi, tanpa pilihan 
aku terus memandu dengan bunyi alarm yang bising sepanjang jalan.
Bersama dengan Eja dan kakak di ICU menunggu Shikin untuk dibawa pulang 
ke rumah keluarganya di Bedong
Kami iring arwah yang masih coma hingga ambulan bergerak.
Nurul Ashikin bt Azmi (29 tahun) telah kembali ke rahmahtullah
pada 17/07/2014 jam 5 petang. Hanya mereka yg terpilih sahaja
dijemput dalam bulan mulia Ramadhan. Al Fatihah

Semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Amin.

No comments: