Friday, June 30, 2017

SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA SITI...

 Pemergian rakan seperjuangan, terasa kehilangan arwah yang amat saat.
Gambar kenangan kami berdua ini di rakam oleh arwah suami Siti Fatimah.
 Ucapan takziah kepada Kak Long (anak arwah) sekeluarga atas 
permergian bonda tersayang.
Sayu, sebak dan terasa arwah ada di sini menunggu kunjungan kami
pada hari Jumaat, Syawal yang keenam.
Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang solehah  Aamiiin
KLIK DI SINI.. SITI DALAM KENANGAN
Lagu yang kita selalu kita nyanyi bersama.
Gurindam Jiwa

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di tanjung jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga

Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu

Nantikan saya di pintu syurga

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...