Wednesday, January 31, 2018

SUPER BLUE BLOOD MOON

Keajaiban ciptaan Tuhan Semesta Alam. Subhanallah...
Fenomena yang sedang menghiasi langit malam ini. 
 Tiga fenomena serentak yang berlaku ke atas bulan 
iaitu ‘Super Blue Blood-Moon’
 
Gerhana Bulan juga dikenali sebagai “Bloodmoon” kerana
warna gerhana yang kemerahan. Bulan dikenali sebagai
“Bluemoon” kerana ianya merupakan bulan penuh kali
kedua pada bulan Januari 2018. Bulan penuh yang kedua
di dalam bulan yang sama dikenali sebagai “Bluemoon”.
Bulan dikenali sebagai “Supermoon” 
kerana Bulan berada paling hampir dengan Bumi.

Sumber dari : Laman Web Planetarium Negara. 
Tidak menyangka sama sekali lensaku mampu merakam 
dari laman rumah. TQ Jamaliah atas info yang di hantar
Detik gerhana yang berjaya di rakam 
 
 
Secara purata fenomena sama akan berulang hanya 265 tahun lagi.
Sumber dari : hmetro.com.my
 
 
Syukur Alhamdulillah kerana kami berdua berpeluang menyaksikan
kekuasaan Mu Ya Allah SWT dalam mengatur perjalanan cakerawala serta
mendidik hambanya supaya sentiasa tawaduk.
 

Saturday, January 27, 2018

SEPETANG BERSAMA MDM SUE DI KEBUN IMI

Disambut sekawan angsa
 
 Minum petang dengan ketayap memang sedap
Peminat petai rupanya Mdm Sue
 Baru jatuh terguling dikejar angsa