Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Sunday, February 18, 2018

KENANGAN SAMBUT BDAY DI KL

View dari balkoni rumah Yaya di Sri Kembangan
TK Yaya sekeluarga atas layanan
 
Bfast nasi lemak di balkoni rumah Yee
Diraikan di kolam mandi. 
Meriahnya di The Sanderson Condominium Seri Kembangan, Selangor
 
TK Ani sediakan lunch untuk kami di Nilai

Dinner di Seri Empangan, Putrajaya
  
TQ abah dan Ija kerana meraikan bday mama
Tq Kelana join kami dan mengiringi kami melawat PICC
Alhamdulillah dapat bersama keluarga tercinta
Tq cousin Norela kerana menghadiahkan lagu gubahan mu 
sempena bday ku. I'm Moonstruck

Saturday, July 05, 2014

Sharifah Aini Meninggal Dunia

Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan
Kak Pah meninggal dunia awal pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar
Damansara. Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas
terakhirnya pada pukul 1.26 akibat jangkitan pada paru-paru.
Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan
Pakar Damansara pada Selasa. Biduanita itu dikesan menghidap
fibrosis paru-paru  dua tahun lalu. Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh
anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.

Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor
 Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura
pada 2 Julai 1953. Namun sejak usia lapan bulan lagi, Kak Pah mula
dijaga serta dibesarkan oleh neneknya, Tengku Wan Mariam 
Tengku Wan Tahir serta datuknya, Syed Sahil Syed Ali Al-Jufry,
di Majidee, Johor Bahru. Datuknya seorang pemandu teksi dan
kehidupan mereka keluarga bukanlah senang. Kak Pah sewaktu kecil
pernah mengambil upah menggiling cili dan menjual buah nangka serta kuih.

Titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan
Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Beliau kemudian
disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu
selama 38 tahun.
Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai
penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album.
Kak Pah menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006.

Sesungguhnya ini adalah kehilangan besar buat industri hiburan tanah air. 
Al-Fatihah. 
Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan
mendoakan agar beliau ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin. 
Info asal : MUKHRIZ MAHATHIR FC

Wednesday, September 25, 2013

Monday, October 15, 2012

PERCUTIAN

 Antara koleksi novel  baruku. Sepanjang percutian ini, buat aku merindui
drama Adam dan Hawa dan Episod Adam dan Hawa
Lirik Lagu OST Drama Adam Dan Hawa – Muara Hati
Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia
Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati
(Chorus)
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu
Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali
(Ulang chorus)
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta
 Pinjam dari PSS
Sebak dan tersentuh

Saturday, May 28, 2011

BAKAT

Kagum dengan bakat muda  Scotty McCreery  pemenang  rancangan 
 "American Idol" ke10. Beliau mampu mempertahankan lagu country 
di mata dunia. 

Malaysia juga hebat dengan Salma juara mentor 5. 
Kagum dengan vokalnya yang memukau

Friday, March 25, 2011

Perginya Legenda Hollywood, Elizabeth Taylor

Berihat petang minggu sambil membaca berita hiburan, rupanya artis
jelita yang hebat zaman aku kanak-kanak dulu  Liz Taylor (Klik Sini) 
telah meninggal dunia. Kalau di Malaysia beliau terkenal setanding seperti
biduanita Saloma tetapi lebih anggun dan jelita walau pun sudah berusia.
Banyak lagi berita tentang Elizabeth Taylor
Elizabeth Taylor and Michael Jackson at the 1993 American Music Awards.