Showing posts with label rutin. Show all posts
Showing posts with label rutin. Show all posts

Friday, May 22, 2020

AYAH MASUK ICU KMC

Tarikh : Jumaat, 15 Mei 2020
Bawa ayah untuk rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, dr kata darah
 ayah ok dan tukar tiub kencing sahaja. Terasa stress meredah pkp, Alhamdulillah dilindungi hambanya yang lemah ini.

Tarikh :Sabtu, 16 Mei 2020
 Sediakan kanji dan bubur kacang untuk ayah, sedihnya bila ayah tak ada selera untuk makan.

 Teman ayah tidur kerana ayah mengadu sakit dan tidak boleh makan.
Terkejut bila tengok ketulan darah bila ayah muntah, setelah bersihkan semua kesan darah aku baringkan ayah semula. Jam 4 pagi, ayah duduk di katil dan mengadu nak ke tandas. Aku pimpin ayah tapi ayah dah semakin lemah dan tidak mampu untuk melangkah, lalu aku peluk ayah kuat-kuat takut terjatuh. Saat inilah yang aku meraung sekuat-kuatnya walaupun ayah sudah tidak sedarkan diri. Mujur Rizal dan keluarganya mendengar jeritan aku. Akhirnya aku rebahkan ayah dan buka pintu...Rizal mengangkat  ayah ke katil, aku basahkan muka ayah hingga sedar semula. Selepas sedar ayah mula berak darah dan kesihatannya semakin merosot. Akhirnya kami sekeluarga mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan ayah di KMC.

Tarikh : Isnin 18 Mei 2020
 Alhamdulillah Allah permudahkan bila ayah menerima rawatan dari Dr Muhammad, pakar bedah di KMC, terus di tempatkan di ICU dan  empat bag darah di masukkan secara berperingkat.

Tarikh : Selasa, 19 Mei 2020 
 
Imi melayan ayah seharian di ICU

Tarikh : Rabu, 20 Mei 2020
Ayah dah mula berselera  siap order air tembikai.
 Kami sekeluarga menunggu di luar ICU kerana ayah akan dipindahkan ke wad 702 sementara menunggu wad single bed yang kami booking di kosongkan.
Sebelah malam, ayah di pindahkan pula ke bilik 710, single bed.

Tarikh : Khamis 21 Mei 2020 
View yang menawan dari wad 710


Ada hikmahnya bila anak dan cucu dapat cuti kecemasan dan beraya bersama ayah.

 Pesanan makanan untuk ayah
Nurse ambil darah pun memakan masa juga beberapa kali gagal, sebelum dibenarkan balik.
 
 Tertinggal charger fon, biarlah dah tidak ada rezeki.
 Di lobi untuk pengambilan ubat dan bayaran.
Terapi buat ayah bila tengok durian hasil tanamannya

Monday, July 01, 2019

SERVIS KERETA @ TETAMU ISTIMEWA DI PENGHUJUNG SYAWAL

Rutin pagi bersama orkid-orkid yang berkembangan
Breakfast dengan suami selepas puas survey kedai tayar
Roti Jala dan Peknga
Tayar Continental ini jangka hayatnya 5 tahun dari tarikh dipasang.
Kejutan sungguh bila Asma dan Tini berada di depan pintu rumah.
Berposing saja sebab ada urusan bersama kak dengan Tailor Juripah 
di Alor Mengkudu.
Terima kasih kerana sudi singgah, sorry atas kesuntukan 
masa untuk kita bersama.
 
Terasa lapar akhirnya kak belanja makan di Laksa Olala

Monday, April 01, 2019

KEHARUMAN BUNGA SEPANJANG MALAM

 Keindahan malam
Suasana pagi dengan haruman bunga bunga segar
Tecoma baru belajar berbunga
Bunga tongkeng mengimbau kembali kenangan arwah mak