Friday, April 02, 2010

MALA DAN PINTAR


Hari ini terima panggilan dari Pn. Normala (Pegawai PINTAR BIMB KL). " Puan, pasal apa x masuk pertandingan? sayang puan, x perlu sedia paperwork, satu hari saja, buat di sekolah pula tu,  sedia pasukan saja..." Aku terus bagi excuse mengelak kerana kami benar-benar letih, "Mala berapa sekolah yang x masuk?" tetapi Mala x mengalah, "dua buah sekolah sahaja" kata Mala, akhirnya aku hubungi Cikgu Rozita dan minta penjelasan, kami bersetuju untuk ambil bahagian. Terus ambil tindakan sedia pasukan dan senarai peserta akan di faxkan pada hari Ahad. Hebatnya Pn. Normala berkomunikasi dalam bidang korporat sehingga pelanggan berjaya menaruh kepercayaan. Semoga anak didik SKHHI akan beroleh kejayaan dalam pertandingan ini.


No comments: