Sebaik saja selesai sarapan pagi, aku dapat panggilan telefon dari
Pn. Norimi (isteri Cg. Razak) memaklumkan bahawa bapa waris 6D
yang kebetulan saudara suaminya meninggal dunia. Kemudian terima lagi
panggilan iaitu bapa Badruddin ( bos pekerja swasta) meninggal dunia.
Cepat-cepat aku arahkan Pn. Rozita (guru kelas) dan Pn. Manisah menziarah
bapa murid mewakili GB dan kami bergegas bersama pekerja menziarah
arwah bapa Badruddin di Kuala Kedah.
Sempat bersama AJK PIBG yang membawa hamper untuk cabutan
bertuah dan penulis buku yang mempromosikan buku beliau sendiri kepada PSS.
No comments:
Post a Comment