Sunday, August 18, 2013

PENGALAMAN

Hari ini aku dapat pengalaman baru bila aku cadangkan
 dalam mesyuarat supaya JK menyediakan keranda dan kain kapan
seperti yang telah di buat oleh Arwah Dan (Azizan Said - Bendahari).
Rupanya set kain kapan dll boleh dibeli dari Kedai Naina Mohammad
dengan harga RM 240.00 untuk dua set.
Keranda pula kami tempah dua buah dengan harga RM340.00.
Terasa lega bila barang-barang ini selesai aku serah kepada Yati untuk simpanan.
Inilah pengalaman indah sumbangan aku yang paling syahdu buat ahli.

ALFATIHAH UNTUK ARWAH MAK DAN 
MEREKA YANG TELAH MENINGGALKAN KITA 
BUAT SELAMA-LAMANYA.
Aminnn.

No comments: