Thursday, February 12, 2015

ALFATIHAH

KUALA LUMPUR: Pengulas sukan  negara, Datuk Hasbullah Awang 
dilaporkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara dipercayai 
akibat komplikasi jantung.

Beliau yang betugas sebagai pengulas sukan bagi 
rangkaian Astro Arena sejak Januari 2014, menghembuskan nafas terakhir 
selepas menerima rawatan di fasiliti perubatan tesebut sejak minggu lalu.

Allahyarham terkenal sebagai pengulas untuk acara-acara sukan tempatan 
mahupun luar negara sejak dari tahun 1980.

Populariti Allahyarham memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia 
memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an.

                Sumber : ASTRO AWANI

Tepat jam 9.40 malam tadi ,pergilah buat selama-lamanya
Dato Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat,Mursyidul Am PAS
yang juga bekas Menteri Besar Kelantan ke rahmatullah pada
malam jumaat yang mulia dan berkat ini.

Beliau akan disembahyangkan pada jam 10 pagi esok
di Masjid Tok Guru Pulau Melaka Sosok Ulama siasah yang paling lama
dalam arena siasah politik Malaysia ini meninggal dunia di rumahnya
selepas sejam dibawa pulang dari HUSM.

Ramai dikalangan pemimpin baik daripada pembangkang mahupun
kerajaan mengutuskan salam takziah buat kaum keluarga Nik Abdul Aziz
dan menghargai sumbangan yang telah beliau sumbangkan
sepanjang hidupnya di dalam agama,bangsa dan negara terutamanya
di Kelantan
Al Fatihah buat beliau
semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman

                         Sumber dari : kerispusakabangsa.blogspot.com
                   

No comments: