Tarikh : Jumaat, 15 Mei 2020
Bawa ayah untuk rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, dr kata darah
ayah ok dan tukar tiub kencing sahaja. Terasa stress meredah pkp, Alhamdulillah dilindungi hambanya yang lemah ini.
Tarikh :Sabtu, 16 Mei 2020
Sediakan kanji dan bubur kacang untuk ayah, sedihnya bila ayah tak ada selera untuk makan.
Teman ayah tidur kerana ayah mengadu sakit dan tidak boleh makan.
Terkejut bila tengok ketulan darah bila ayah muntah, setelah bersihkan semua kesan darah aku baringkan ayah semula. Jam 4 pagi, ayah duduk di katil dan mengadu nak ke tandas. Aku pimpin ayah tapi ayah dah semakin lemah dan tidak mampu untuk melangkah, lalu aku peluk ayah kuat-kuat takut terjatuh. Saat inilah yang aku meraung sekuat-kuatnya walaupun ayah sudah tidak sedarkan diri. Mujur Rizal dan keluarganya mendengar jeritan aku. Akhirnya aku rebahkan ayah dan buka pintu...Rizal mengangkat ayah ke katil, aku basahkan muka ayah hingga sedar semula. Selepas sedar ayah mula berak darah dan kesihatannya semakin merosot. Akhirnya kami sekeluarga mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan ayah di KMC.
Tarikh : Isnin 18 Mei 2020
Alhamdulillah Allah permudahkan bila ayah menerima rawatan dari Dr Muhammad, pakar bedah di KMC, terus di tempatkan di ICU dan empat bag darah di masukkan secara berperingkat.
Tarikh : Selasa, 19 Mei 2020
Imi melayan ayah seharian di ICU
Tarikh : Rabu, 20 Mei 2020
Ayah dah mula berselera siap order air tembikai.
Kami sekeluarga menunggu di luar ICU kerana ayah akan dipindahkan ke wad 702 sementara menunggu wad single bed yang kami booking di kosongkan.
Sebelah malam, ayah di pindahkan pula ke bilik 710, single bed.
Tarikh : Khamis 21 Mei 2020
View yang menawan dari wad 710
No comments:
Post a Comment