Wednesday, September 23, 2020

ALFATIHAH BUAT ARWAH AYAH TERSAYANG

Pagi Ahad, 14 Jun 2020

    Pagi-pagi lagi dikejutkan oleh panggilan telefon dari anak buah, Aisyah yang menemani ayah sebaik saja ayah keluar dari ICU. Seperti biasa aku pastikan pam inhaler untuk ayah digunakan sebab doktor telah maklum bahawa paru-paru ayah yang sebelah tidak memuaskan. 
Setelah ayah kelihatan pulih, aku minta kebenarannya untuk pulang uruskan kerja rumah. Selesai siram pokok, aku kembali menjengok ayah semula. Aku suapkan ubat minum untuk ayah dan pastikan ayah memakan set ubat yang diperlukan. Kemudian dengan senyum, ayah kata aku dah kuat ni, boleh p sambung kerja. Aku hanya geleng kepala saja, malas nak nasihat dah. Ayah kata, aku ada cara nak buat kerja aku.....
Sebelah petang, ayah call beritahu yang tiub kencing yang digunakannya terkeluar. Seronok kami berdua sebab ayah dah boleh kencing normal, terus memaklumkan kepada Imi. Seperti biasa suami terus mendapatkan ayah, katanya ayah senyum sambil menunjukkan bekas tiub yang telah dibuang ke dalam tong sampah. Sebelah malam, sekali lagi suami mengingatkan aku untuk bertanya khabar perkembangan ayah. Dalam perbualan dengan ayah, katanya dia kerap ke tandas lalu aku sarankan ayah memakai pampers untuk memudahkan ayah tidur tapi ayah masih tidak selesa. Kemudian ayah kata dia terlalu mengantuk, apa- apa pun tengok esokla..... Jam di dinding menunjukkan pukul 10 malam. Kebiasaannya ayah tidur lewat.

Pagi Isnin 15 Jun 2020

    Sekali lagi Aisyah call dengan nada cemas, cepat cik wan penat ni...bila sampai jasad ayah kelihatan bagaikan  sedang tidur lena dengan wajah tenang, Aku peluk, cium ayah sambil membisikkan surah alfatihah. Setelah ambulan tiba dan mengesahkan yang ayah telah meninggal...aku redha dengan pemergiannya buat selama-lamanya pada hari Isnin, 23 Shawal.
TKasih Liza, Suria dan saudara mara yang lain yang turut membantu urusan pengkebumian jenazah
Tkasih kepada cousin, sahabat dan yang lain-lain yang hadir menziarah, menitipkan doa dan yassin, sembahyang berjemaah untuk arwah.
Arwah ayah pesan, guna bilik akhir arwah mak dan bilik air tingkat atas rumah bila kecemasan. Ya hari ni kami anak ayah tunaikan pesanan ayah. Alhamdulillah
TKasih Hj. Din Catering yang sudi menyediakan jamuan di rumah kami
Tak sempat nak melayan tetamu sebab urusan di rumah Arwah Ayah
Set kain kapan tersedia untuk digunakan
TKasih kepada  suami, cousin dan cucu-cucu yang memandikan jenazah dan memudahkan urusan pengkebumian.
TKasih buat semua anak cucu, saudara mara yang menyanjungi arwah, walaupun dalam suasana PKP, SOP dipatuhi, Alhamdulillah
“Semoga Allah S.W.T. mengurniakan keampunan dan rahmatNya ke atas Al-Marhum dan menempatkan arwah bersama para syuhada' dan hamba-hambaNya yang soleh,” 
ALFATIHAH
Alhamdulillah, selesai membaca dari sumber ini, 
barulah terhenti air mata ini dan dapat meneruskan penulisan blog ini semula

No comments: