Thursday, November 30, 2017

MENEMANI AYAH DI HOSPITAL

Pengalaman yang amat bernilai, seminggu menjaga ayah 
di  Wad 3C, Hospital Sultanah Bahiyah.
Di antara doktor muda yang serius menjalankan tugas untuk memastikan 
ayah stabil dan terus sihat. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas 
jasa mereka. Siang berjumpa malam pun masih lagi bekerja, 
syabas wahai doktor muda.
Yang sedihnya bila sebelah malam doktor datang untuk mengambil
darah ayah. Kali terakhir doktor terpaksa mengambil sebanyak tiga kali.
Dua kali tiada darah yang dapat di sedut hanya air yang keluar.
Kali ketiga di paha barulah ada darah yang mengalir.
Mengalir air mata juga ketika ini bila melihat ayah kesakitan.
Stress juga bila ayah asyik bertanya bila dia boleh balik rumah.
Berdoa sahaja yang aku mampu  
 
 Beginilah keadaan ayah di Wad 3C. TK Sobri (cousin) sempat melawat ayah.
Suhaila (cousin) sebak teringatkan arwah orang tuanya.
Cucu ayah Ena
 
Bacaan bp ayah ketika ini.
TK Nab dan putera

No comments: